Wednesday, May 18, 2016

Dugaan Bertunang #1 - Cakap Orang

Assalamualaikum and Hi !

Cakap Orang.

Untuk mereka dan kenalan rapat yang dah tahu. Ya, aku dah bertunang pada 29 November 2015 lepas. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Dan aku bersyukur untuk itu. Enam bulan sudah berlalu dan insyaAllah bakal dinikahkan pada bulan Ogos ni. Mohon doanya agar semuanya dipermudahkan. 
..........
Nikah ? Kahwin ? 
Baru habis belajar, tidak bekerja dan nak kahwin ?
Mana datang duit nak kahwin ?
Mesti pakai duit lelaki..
Habiskan duit mak abah..

kata mak;
Mak mampu. Jangan risau. Memang tiap anak anak mak, mak dengan abah dah ade kan peruntukan masing masing untuk keperluan belajar, kahwin. Baik kakak atau abang.

kata dia;
biarlah. abaikan je apa orang nak kata. dieorang tak tahu usaha kita. dieorang just tau bercakap tentang kita. abaikan.

ye, sebenarnya bukan mudahkan nak abaikan apa yang orang cakap. for me, it's really bother me. sampai dah satu tahap i call him dan mintak tangguhkan perkahwinan sebab nak kerja dulu. Nak buktikan dekat dieorang aku tak mengharapkan duit belah lelaki. Bukan senang babe nak hidup dengan cakap cakap orang. Apa lagi nak puas kan hati orang.

kata dia;
dugaan bertunang kita, bukan sebab orang ketiga. tapi sebab diri sendiri yang tak yakin dengan rezeki Tuhan.

Terkesan. Makan dalam. Hahaha. Itu yang aku rasa. Aku cuba untuk positifkan diri. "Nak kaya, kahwin". Yang pasti, usaha dan doa. Moga moga Allah permudahkan nanti.

kata aku;
aku ada simpanan aku sendiri lah !

Okay, jumpa lagi.

Regards,
Kaka Halim.