Wednesday, May 18, 2016

Dugaan Bertunang #1 - Cakap Orang

Assalamualaikum and Hi !

Cakap Orang.

Untuk mereka dan kenalan rapat yang dah tahu. Ya, aku dah bertunang pada 29 November 2015 lepas. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Dan aku bersyukur untuk itu. Enam bulan sudah berlalu dan insyaAllah bakal dinikahkan pada bulan Ogos ni. Mohon doanya agar semuanya dipermudahkan. 
..........
Nikah ? Kahwin ? 
Baru habis belajar, tidak bekerja dan nak kahwin ?
Mana datang duit nak kahwin ?
Mesti pakai duit lelaki..
Habiskan duit mak abah..

kata mak;
Mak mampu. Jangan risau. Memang tiap anak anak mak, mak dengan abah dah ade kan peruntukan masing masing untuk keperluan belajar, kahwin. Baik kakak atau abang.

kata dia;
biarlah. abaikan je apa orang nak kata. dieorang tak tahu usaha kita. dieorang just tau bercakap tentang kita. abaikan.

ye, sebenarnya bukan mudahkan nak abaikan apa yang orang cakap. for me, it's really bother me. sampai dah satu tahap i call him dan mintak tangguhkan perkahwinan sebab nak kerja dulu. Nak buktikan dekat dieorang aku tak mengharapkan duit belah lelaki. Bukan senang babe nak hidup dengan cakap cakap orang. Apa lagi nak puas kan hati orang.

kata dia;
dugaan bertunang kita, bukan sebab orang ketiga. tapi sebab diri sendiri yang tak yakin dengan rezeki Tuhan.

Terkesan. Makan dalam. Hahaha. Itu yang aku rasa. Aku cuba untuk positifkan diri. "Nak kaya, kahwin". Yang pasti, usaha dan doa. Moga moga Allah permudahkan nanti.

kata aku;
aku ada simpanan aku sendiri lah !

Okay, jumpa lagi.

Regards,
Kaka Halim.

Wednesday, January 20, 2016

Routine Skincare



Assalamualaikum and Hi !

Today i would like to share skincare apa yang aku pakai. For those yang kenal aku, mereka tahu how my skin rosak because of salah pakai produk ! bukan sebulan dua kulit muka rosak. It is 2 years kot ! Macam macam aku produk pakai to cover up, but failed. Berhabis duit tak payah cakap laa. Kadang sampai fikir nak buat plastic surgery. Hahaha. Jerawat penuh satu muka. First time kot it happen to me ! And of course, kita akan rasa kurang yakin untuk berada di khalayak ramai. Dan bayangkan dengan muka hitam penuh jerawat, and time tu jugaklah untuk pertama kalinya aku bertemu bakal in laws. Hahaha. Malu toksah cakap. Tapi kental kan diri.  Name it, produk apa je yang aku tak pakai, supplement apa je yang aku tak telan. Dari harga puluh puluh, sampai ratus ratus. Tak berkesan !!

And now, kulit muka dah okey. Tapi ade parut lagi sikit. Boleh la tampil yakin dengan diri sendiri, Hahaha. Owh lupa, aku pakai Tati Skincare. Dah consume almost eight months dan aku berpuas hati. So korang yang ade masalah muka, should try !! Sedara mara aku pun dah start pakai Tati because of my penangan. Hahaha. Toner dengan serum boleh beli asing. 


Jangan tanya aku beli dekat mana. korang carik sendiri. kat ig berlambak. Nak tau ori atau tak, tengok harga. hahaha. Takpun korang beli je dekat ig @amoiheaxa ataupun @nurulain8888. dengan dieorang tentu ori ! aku pakai Tati pun sebab terjebak dengan dieorang !

kata aku;
mesti korang nak tengokkan testimoni muka aku ? hahaha.

Regards, 
Kaka Halim.

Saturday, July 04, 2015

Renggang.

Kau tau sebab apa kita renggang ???

Sebab kau bercerita tentang aku pada orang lain yang kau sendiri pernah janji "sini abis sini".

Mana aku tau ? Bukti ?
Mata aku sendiri jadi bukti.
Tiap bait yang kau karang.
Biaselah. 
Allah nak tunjuk. 
Kejap je. 

Tapi sungguh. 
Mula-mula, 
memang rasa janggal sikit tkde kau.
Tapi, bila aku ingat tiap apa yang kau tulis.
Janggal yang sikit tu bertukar jadi menyampah yang teramat.

Kawan change to ----
Aku pun tak tau status kita.
Berkawan lagi kah ?
Bermusuh jauh sekali.

Sekarang yang pasti.
Kau aku. 
Masih sama. Renggang.
Cakap bila perlu. Tegur agak-agak selisih. Wasap bila rajin. Kekok.
Mungkin sebab kita berdua bermaafan tanpa ikhlas.

Bukan nak tunjuk aku malaikat yang takde salah.
Bukan jugak nak tunjuk kau syaitan yang selalu bermasalah.

Tapi nak tunjuk.
Betapa rapatnya kita dulu, akhirnya jadi awkward sebab janji dan talam.